Selamat Datang! Buat tempahan sewaan motosikal di sini.
#htmlcaption1 Call / Whatsapp: 0125710838 Harga berpatutan. #htmlcaption2 Tempah sekarang.

Perkhidmatan Sewa Motosikal Pulau Pinang

Selamat Tahun Cina 2025



Mengapa perlu bayar sewa teksi yang mahal sekiranya anda boleh mendapatkan motosikal untuk disewa?

Mengapa perlu bersesak di jalan raya dengan menyewa kereta di Pulau Pinang?

Jimatkan wang anda dan pergilah ke mana-mana kawasan yang anda suka di negeri Pulau Pinang dengan menyewa motosikal.

Pulau Pinang mempunyai tempat yang terbaik sebagai pusat membeli belah, tempat tarikan, tempat makanan dan tempat pengajian serta pekerjaan yang banyak.

Motosikal selalu digunakan pelajar universiti terutama pelajar USM, Politeknik, UiTM dan juga digunakan oleh pekerja yang mempunyai urusan sementara di Pulau Pinang.

Pastikan anda mempunyai lesen memandu motosikal atau lesen memandu antarabangsa.

Kami memberi sewa motosikal kepada anda di sekitar Pulau Pinang dengan harga berpatutan dan memberikan motosikal yang sederhana seperti contoh EX5, Kriss, Lagenda, LC, Scooter dan lain-lain yang sesuai dengan setiap jenis pemandu.

Selagi anda tahu bagaimana untuk menjaga motosikal dan menunggang dengan baik, kami amat berbesar hati memberi perkhidmatan sewa motosikal kepada anda dengan kadar berpatutan.

Setiap motor yang kami sewakan memiliki kemudahan: Insuran, helmet, mangga dan baju hujan. (***terhad)



Syarat-syarat:
  1. Minimum sewa adalah 24 jam, 1 minggu dan seterusnya 1 bulan.
  2. Penunggang hendaklah mempunyai lesen motosikal.
  3. Boleh digunakan di Pulau Pinang atau di Seberang Perai.
  4. Bayaran penuh dan deposit hendaklah dibayar semasa mengambil motosikal.
  5. Motosikal hendaklah dihantar semula dalam keadaan masih berbaki minyak seperti mula diterima atau cas tambahan dikenakan jika kurang.
  6. Sebarang kerosakan, kecurian atau kemalangan semasa tempoh menyewa adalah perlu bertanggungjawab untuk ganti rugi.
  7. Sebarang saman trafik yang dikenakan oleh pihak berkuasa adalah tanggung jawab sendiri.
  8. Dokumen diperlukan semasa menyewa:
    1. Salinan IC
    2. Salinan Lesen Memandu 
    3. Salinan Kad Pelajar (untuk pelajar)
  9. Lebih masa akan dikenakan bayaran tambahan RM10.00/jam.
  10. Jika ingin lanjutkan masa, sila hubungi selewat-lewatnya 5 jam sebelum tempoh masa tamat.
  11. Syarat-syarat tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Kadar bayaran sewa adalah RM500 ke atas untuk 1 bulan. Jika ingin menyewa motosikal di Pulau Pinang lain-lain tempoh masa sila hubungi kami untuk berbincang harga.



Jadual harga sewaan :
Deposit RM100  (Dipulangkan selepas menghantar motosikal tepat pada masa & keadaan baik)
RM 7.00 per sejam
RM 40.00 35.00 sehari (boleh runding jika pakai beberapa hari)
RM 220.00 seminggu
RM 700.00 sebulan (boleh runding jika lama)

Sekiranya perlukan khidmat penghantaran ke lokasi anda, seperti lapangan terbang atau hotel, cas maksimum RM20 dikenakan.


Hubungi En. Hamzah : 0125710838 [Call/Whatsapp]

Emel: sewamoto@pja.my

Rent motorcyle at Penang area here.

BERPUSAT DI TERMINAL BAS SUNGAI NIBONG